Monday, April 09, 2007

 

banned again: amir's film 'apa khabar orang kampung'

this time not a pipsqueak..no hullabaloo like the previos reaction to the banning of 'lelaki komunis terakhir' and what a pity...by some account this new film of amir- arguably today's malaysian finest and most cynical 'intellectual' if there ever is one - is a lot better than 'the last communist'...but i don't know as i never get to watch either and i can not find any in any of those places that sell PIRATED dvds in the usual areas like PETALING STREET...

i was quite looking forward to this new one especially after attending his slide show about the film at silverfish a few months back and he kept saying in his usual cheeky ways ..'ah this one looks like 'national geographic'...ah no this one is..." etc and i do like national geographic on astro ...some...

but unless you go hopping to international festivals- which i won't be doing- you'll unlikely to be able to see this latest idiosyncratic (documentary) film of his... and his cause is not helped by his letter of appeal to the censorship board which is by far his best writing i've ever read in YEARS...currently he has a column in NST but it is uncharateristically insipid and stupid... i don't read them...

but as i say his appeal letter is classic amir as i used to love them (in his perforated sheet days)...and here it is as appeared in his blog...

and now he's planning to make a new film about anwar ibrahim and the time when the 'reformasi' thing was at it's zenith...do you remember september 20? and i think he'll be the first to admit that this will not get a favorable view from the government...at this rate i suggest mr amir might as well make a local porn movie ...i'll certainly be looking forward to this...

Kepada:

Encik Mansor Embong
Setiausaha
Bahagian Kawalan FilemUnit Penapisan Filem
Kementerian Dalam Negeri
Fax: 03 8889 1685

Daripada:

Amir Muhammad
Da Huang Pictures Sdn Bhd

Rujukan Tuan: 1408160001

26 Febuari 2007.

Tuan,

14 DALIL MENGAPA ‘APA KHABAR ORANG KAMPUNG’ TIDAK LAYAK DIHARAMKAN.

Saya merujuk kepada surat pihak tuan bertarikh 12 Febuari. Saya telah membaca 7 sebab untuk pengharaman filem dokumentari saya.

Di sini saya ingin membuat rayuan supaya pengharaman tersebut ditarik balik. Dalil-dalil saya ialah:

1. Sebab-sebab pengharaman langsung tidak menyentuh aspek keselamatan negara sebaliknya interpretasi sejarah (dalam hanya beberapa dialog) yang bercanggah dengan versi rasmi. Saya kira hal interprerasi masih tidak merbahaya dan tidak patut menerima pengharaman, memadai dengan amaran atau potongan. Sejarah yang beku ialah sejarah yang sudah mati. Contohnya lihat saja perbezaan interpretasi mengenai Hang Tuah dan Hang Jebat dalam 50 tahun kebelakangan ini.

2. Sebab pengharaman yang terakhir ialah filem ini tidak sesuai untuk ‘masyarakat umum.’ Dengan ini saya meminta slot ‘tayangan terhad’, tertakluk kepada syarat-syarat tertentu. Contohnya filem The Passion of the Christ. Malaysia dengan bijak menghadkan filem ini kepada penonton Kristian, dan tanpa iklan. Diharap langkah bijak sebegini dapat diambil untuk filem ini juga.

3. Merujuk kepada sebab-sebab pengharaman, jelas terdapat kekeliruan yang amat dasar di antara “apa yang dikatakan oleh filem ini” dengan “apa yang dikatakan oleh sebahagian orang yang diwawancara dalam filem ini.” Dokumentari Apa Khabar Orang Kampung mengambil sikap yang objektif, tanpa menggunakan suara latar. Ia sekadar merakam satu tempat yang tak pernah dilihat oleh masyarakat tempatan yang lain. Tugas saya sebagai pengarah ialah merakam. Penonton dianggap sudah cukup bijak untuk mendengar apa yang diucapkan tanpa melatah atau mengamok; dan membuat tafsiran sendiri. Samalah seperti dialog filem fiksyen Puaka Tebing Biru di mana Nasha Aziz berkata ‘Mak tak percaya kat Tuhan ke?’ Ini hanyalah pandangan watak itu dan bukan pandangan filem itu secara keseluruhan.

4. Dokumentari ini patut diberi klasifikasi 18PA untuk unsur politiknya. Apabila warga Malaysia cukup umur 18 tahun, mereka telahpun melalui sistem sekolah rendah dan menengah yang cukup cemerlang dan sudah tahu, malah telah hafal, versi sejarah yang rasmi. Justeru itu, menonton dokumentari Apa Khabar Orang Kampung tidak akan memudaratkan mereka.

5. Filem ini boleh sahaja dimulakan oleh perkataan yang tertera di skrin, contohnya “Amaran Oleh Kerajaan Malaysia: Fahaman Komunisme Dilarang Dan Anda Ditegah Daripada Meniru Ideologi Merbahaya Ini!’ Ayat ini boleh terbit dalam saiz font yang amat besar. Ayat ini juga boleh berkelip-kelip seperti lampu neon supaya lebih jelas. Kalau tak cukup satu tanda seru boleh guna lima atau sepuluh.

6. Dokumentari ini mungkin patut diluluskan untuk orang yang telah menonton rancangan yang mendakyah anti-komunis seperti ‘Jungle Green Khaki Brown.’ Setelah disogok rancangan sebegini (yang menggunakan aksi lasak dan muzik yang menghiburkan), tidak mungkin seorang penonton itu akan terpengaruh oleh dialog orang-orang tua dalam Apa Khabar Orang Kampung.

7. Dokumentari ini mendapat tayangan perdana dunia di Festival Filem Antarabangsa Berlin, tidak jauh daripada runtuhan Tembok Berlin. Lebih 1,000 orang menontonnya. Biarpun penduduk Berlin pernah mengalami trauma akibat pertembungan Barat dengan komunisme, tidak ada penonton yang protes, pengsan atau mengamok. Kita boleh sahaja anggap Jerman sebagai negara maju, tapi bukankah Malaysia juga bercita-cita untuk menjadi negara maju dalam masa hanya 13 tahun lagi?

8. Pengharaman filem ini tampaknya bercanggah dengan beberapa prinsip yang terkandung dalam Wawasan 2020 yang menjadi pegangan kita, seperti “berjiwa bebas”, “masyarakat demokratik yang matang”, “progresif” serta “masyarakat liberal dan bertolak ansur.”

9. Filem ini besar kemungkinan akan lulus untuk tayangan di Singapura seperti Lelaki Komunis Terakhir tahun lepas. Tidakkah kita berasa sedikit kaget dan jengkel bahawa rakyat Singapura (yang berkongsi sejarah Darurat dengan kita) sudah dianggap cukup matang sedangkan kita belum?

10. Filem ini boleh juga ditayang kepada mereka yang telah membuat ikrar ‘Akujanji’ sebelum dan usai menontonnya. Ikrar ‘Akujanji’ ini boleh disamakan dengan proses yang harus dilalui oleh mahasiswa, pensyarah dan kakitangan kerajaan. Tapi kali ini mereka harus ‘berjanji’ untuk tidak sekali-kali amalkan fahaman komunisme, biarpun dalam mimpi.

11. Dalam 10 tahun kebelakangan ini, lebih ramai rakyat Malaysia dimangsai keganasan dan kerakusan Mat Rempit berbanding komunis. Namum sudah 3 filem mengenai Mat Rempit dibenarkan untuk tayangan luas di seluruh negara. Tidak adakah sentimen menghormati mangsa mereka?

12. Perang Dingin sudah berakhir pada tahun 1989 dan Malaysia sekarang menjalin hubungan yang amat baik dengan negara-negara China dan Cuba. Jadi kenapakah topik komunisme itu dianggap masih tabu?

13. Malaysia tahun ini meraikan 50 tahun sebagai negara demokrasi. Dalam satu demokrasi, kepelbagaian pendapat patut dibenar malah diraikan. Jika tidak, tidak ada bezanya dengan negara tanpa demokrasi, seperti yang pernah kita lihat di beberapa negara komunis dan teokratik.

14. Puluhan rencana telah ditulis dalam akhbar tempatan apabila Lelaki Komunis Terakhir diharamkan tahun lalu. Kita boleh saja anggap puluhan rencana ini mewakili satu minoriti yang bersedia untuk menontonnya, dan dokumentari ini juga. Justeru itu tayangan harus dibenarkan untuk minoriti ini. Jika ada yang tidak mahu menonton, mereka ada pilihan untuk tonton filem lain seperti Remp-It 2 (yang besar kemungkinan akan lulus).

Sekian.

Majulah filem untuk negara.

Yang Benar,

AMIR MUHAMMAD
Pengarah Apa Khabar Orang Kampung


Comments:
This comment has been removed by a blog administrator.
 
Post a Comment

<< Home

This page is powered by Blogger. Isn't yours?

<$BlogItemTitle$>